Zapin Tenglu
Secara umumnya, Zapin Tenglu merupakan salah sebuah zapin yang ada di negeri Johor. Zapin Tenglu boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu Zapin Tenglu Mak Usu, Zapin Tenglu Pak Akob, dan juga Zapin Tenglu Pak Othman.
Namun demikian, terdapat dua jenis Zapin Tenglu yang lebih dikenali atau popular iaitu Zapin Tenglu Mak Usu dan Zapin Tenglu Pak Akob. Ini kerana kedua-dua zapin ini mempunyai ragam tersendiri yang lebih mudah dan unik langkahnya.
Sebenarnya Zapin Tenglu Mak Usu dan Zapin
Tenglu Pak Akob mempunyai sedikit perbezaan. Zapin Tenglu Mak Usu sesuai
ditarikan oleh golongan wanita manakala Zapin Tenglu Pak Akob pula lebih sesuai
ditarikan oleh golongan lelaki. Ini kerana Zapin Tenglu Mak Usu lebih sopan dan
lembut pergerakannya manakala Zapin Tenglu Pak Akob pula mempunyai pergerakan
yang sedikit kasar dan rancak.
Zapin Tenglu Mak Usu
Zapin Tenglu
Mak Usu telah diasaskan oleh seorang wanita bernama Puan Habsah binti Mohamad
atau lebih mesra dipanggil Mak Usu. Puan Habsah atau Mak Usu berasal dari
Kampung Tenglu, Jalan Haji Omar, Mersing, Johor. Beliau telah meminati seni
tarian zapin sejak beliau berusia 14 tahun lagi. Bagi mendalami seni tarian
zapin, beliau telah mempelajari ilmu tarian zapin dari seorang guru tari yang
berasal daripada Banjarmasin, Indonesia.
Langkah
tari Zapin Tenglu Mak Usu ini telah diilhamkan daripada gerak-geri/ perlakuan
golongan wanita yang bermain atau berjalan-jalan di persisiran pantai. Oleh
itu, ketika tarian zapin ini ditarikan, langkah tarian ini memerlukan penarinya
menari seolah-olah mengangkang. Langkah
ini dilhamkan berdasarkan perbuatan seseorang ketika berjalan di kawasan
persisiran pantai yang berair dan basah.
Keunikan
tarian ini digambarkan oleh Mak Usu melalui tariannya. Berdasarkan pergerakan tarian
Zapin Tenglu Mak Usu, seseorang penari zapin itu haruslah menari sambil tangan
kirinya menyingsing sedikit kainnya ke atas manakala tangan kirinya pula
seolah-olah berkayuh. Tambahan pula, kedua-dua bahu penari pula haruslah
digerakkan sekali-sekala.
Berikut merupakan ragam pergerakan Zapin Tenglu Mak Usu:
Berikut merupakan ragam pergerakan Zapin Tenglu Mak Usu:
Rujukan:
Hamidah Binti Ibrahim. Jurulatih Tari, Bahagian Pembangunan Seni Budaya, Yayasan Warisan Johor
Kaharuddin Momin. (1975). Tarian zapin. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Mariam Rasid (2019). Seni Tarian Zapin Akar Kita : Klik Web DBP. Diperoleh daripada http:// klikweb .dbp .my /wordpress/?p=11412
Pusat Dokumentasi, Yayasan Warisan Johor. Jalan Sungai Chat, Sri Gelam, 80100 Johor Bahru, Johor.
Siti Hanizah binti Hayon. Jurulatih Tari, Bahagian Pembangunan Seni Budaya, Yayasan Warisan Johor
YouTube. (2019). Zapin Tenglu - Tempat ke-3, Pertandingan Zapin Johor daerah K. Tinggi 2018 (Gemersik Laksamana Tari). Diperoleh daripada https://www.youtube.com/watch?v=5s3cMdxOXok&feature=youtu.be.
Kredit:
Muhammad Asyraf Azizi bin Khalid (PPISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2019)
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment