Tarian zapin (Zafn) yang bermaksud pergerakan kaki cepat mengikut pukulan merupakan sejenis tarian masyarakat Melayu tradisional yang dikenali sejak kurun lamanya. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman. Tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar seni tari di Nusantara. Pada awalnya, tarian ini ditarikan oleh kaum lelaki sahaja tetapi pada masa kini kaum wanita juga turut serta bagi menjadi pemanis dalam tarian tersebut.
ALAT MUZIK ZAPIN DAN LAGUNYA
Terdapat 4 alat muzik wajib bagi tarian zapin. 4 alat muzik yang wajib adalah gambus, bedok, maruas dan akordion. Alatan muzik yang lain pada masa kini turut digunakan bagi menambah nilai komersial lagu zapin itu sendiri. Pada asalnya, lagu yang dijadikan sebagai iringan tarian zapin berunsurkan puji-pujian terhadap Nabi Muhammad S.A.W dan ke arah keagaman. Tetapi pada masa kini, setelah menerima adaptasi dan penyesuaian, lagu iringan turut menceritakan mengenai pasang bercinta, kehidupan masyarakat Melayu dan sebagainya.
Maruas |
Gambus |
Akordion |
Bedok |
JENIS ZAPIN
Di Johor terdapat 16 jenis zapin. Berikut merupakan 16 jenis zapin yang terdapat di Johor:
Jenis-jenis Zapin
YAYASAN WARISAN JOHOR DAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGERI JOHOR
Sehingga kini, di negeri Johor tarian zapin masih diberikan perhatian yang serius sehinggakan terwujudnya sebuah jabatan kesenian bagi menjaga dan memelihara tarian tradisi ini. Jabatan yang diberikan tanggungjawab dan kepercayaan oleh kerajaan negeri Johor ialah Yayasan Warisan Johor (YWJ) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Johor (JKKN). Yayaysan Warisan Johor merupakan pertubuhan yang memelihara dan memartabatkan budaya dan tarian zapin.Oleh itu, segala ketetapan dan peraturan mengenai zapin di Johor dan di Malaysia perlulah ditetapkan dan perlu dirujuk kepada YWJ bagi memastikan segalanya tidak terlari daripada yang asal.
Sehingga kini, di negeri Johor tarian zapin masih diberikan perhatian yang serius sehinggakan terwujudnya sebuah jabatan kesenian bagi menjaga dan memelihara tarian tradisi ini. Jabatan yang diberikan tanggungjawab dan kepercayaan oleh kerajaan negeri Johor ialah Yayasan Warisan Johor (YWJ) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Johor (JKKN). Yayaysan Warisan Johor merupakan pertubuhan yang memelihara dan memartabatkan budaya dan tarian zapin.Oleh itu, segala ketetapan dan peraturan mengenai zapin di Johor dan di Malaysia perlulah ditetapkan dan perlu dirujuk kepada YWJ bagi memastikan segalanya tidak terlari daripada yang asal.
Terdapat 5 orang Jurulatih Tari, Bahagian Pembangunan Seni Tari, Yayasan Warisan Johor yang menjadi panduan atau pemantau dalam pergerakan zapin di negeri Johor. Setiap daripada 5 orang ini perlulah memegang sekurang-kurangnya 2 hingga 4 zapin yang berasingan agar tidak dicampur adukkan dan mahir dalam pengkhususan masing-masing. Sekiranya terdapat pihak atau mana-mana sekolah yang ingin mengadakan bengkel mahupun pertandingan, mereka inilah merupakan orang-orang yang terpenting dalam mengendalikannya.
Siti Hanizah Binti Hayon atau lebih mesra digelar Kak Hani merupakan salah seorang daripada Jurulatih Tari, Bahagian Pembangunan Seni Budaya, Yayasan Warisan Johor. Dalam pada itu, beliau juga menjaga dan memantau pegerakkan zapin-zapin oleh aktivis negeri Johor. Beliau diberikan tanggungjawab dan amanah untuk menjaga dan memelihara Zapin Pat Lipat dan juga Zapin Mahpom. Beliau juga sering kali menjadi juri bagi pertandingan-pertandingan zapin yang diadakan di dalam negeri Johor.
Hamidah Binti Ibrahim atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Midah merupakan salah seorang daripada Jurulatih Tari, Bahagian Pembangunan Seni Budaya, Yayasan Warisan Johor. Beliau juga merupakan orang-orang yang terpenting dalam industri seni tari zapin di negeri Johor pada hari ini. Beliau juga telah diberikan tanggungjawab untuk menjaga Zapin Padang Sari, Tenglu dan Pulau. Sama seperti Kak Hani, beliau juga sering kali dijemput bagi menjadi juri pertandingan zapin di dalam negeri Johor.
Gambar di atas merupakan salah seorang daripada Artis Budaya Yayasan Warisan Johor gred B19 yang bernama Sarah Naqibah Binti Othman. beliau telah berkhidmat selama 3 tahun di Yayasan Warisan Johor dan merupakan salah seorang yang sudah mempelajari 16 jenis zapin di negeri Johor. Pada tahun 2017, beliau bersama rakan-rakan sekerja yang lain telah mewakili Johor dengan membawa nama Yayasan Warisan Johor ke pertandingan MAKSAK 2017 dan telah mendapat Naib Johan.
Sarah Naqibah (Hadapan) dan Artis Budaya Yayasan Warisan yang lain |
Anak kelahiran Johor ini lebih gemar akan Zapin Tenglu Mak Usu kerana ragamnya yang manis dan dapat menyakinkan dirinya dalam berzapin. Walaubagaimana sekalipun, beliau tidak melupakan zapin yang lain dan sentiasa cuba untuk memperbaiki dirinya bagi menjadi seorang penari yang serba boleh dan terus meminati seni tari warisan Johor ini.
TARIAN ZAPIN JOHOR
"BIDANG KEGEMARAN KAMI"
Rujukan:
"BIDANG KEGEMARAN KAMI"
Rujukan:
Puan Hamidah Binti Ibrahim, Puan Siti Hanizah Binti Hayon, Jurulatih Tari, Bahagian Pembangunan Seni Budaya, Yayasan Warisan Johor.
Cik Sarah Naqibah Binti Othman, Artis Budaya Gred B19, Yayasan Warisan Johor.
Encik Azli Bin Mohd Fadhil, Pengerusi Kumpulan Kebudayaan Seri Irwarna TarI, Batu Pahat.
Kredit:
Muhammad Asyraf Bin Mohamad Nazri (2019), Syed Adil Bin Syed Abu Bakar (2019), Muhammad Asyraf Azizi Bin Khalid (2019), Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Bahasa Melayu Ambilan Jun 2019.